Kata-kata Aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabat baginda, seterusnya ke atas sekalian tabi’in dan ulama sepanjang zaman. Kami merafakkan setinggi kesyukuran dan penuh kepujian kepada Allah S.W.T dengan nikmat, rahmat dan izin-Nya, kerana telah mengizinkan kami untuk merancang dan mengusahakan pembinaan pembangunan Masjid Lestari Perdana ini.
Hasrat untuk membina Masjid Lestari Perdana bukan datang secara tiba-tiba tetapi telah lahir bertahun-tahun sebelum ini daripada sekumpulan jemaah Lestari Perdana, Seri Kembangan yang memikirkan peri pentingnya sebuah masjid untuk komuniti Islam di kawasan ini.
Alhamdulillah, niat untuk memuliakan kehadiran rumah Allah dipermudahkan urusannya dan menerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid yang ditubuhkan, pertemuan dan mesyuarat dapat diaturkan bersama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor serta pelbagai pihak berwajib yang terlibat. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lestari Perdana telahpun mendapat kebenaran daripada JAIS menerusi surat bertarikh 12 November 2018 untuk membina sebuah masjid tetap di atas kawasan rezab Masjid Lestari Perdana.
Bagi menggerakkan pembinaan berkenaan, pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lestari Perdana memerlukan dana sebanyak kira kira RM16 juta untuk membolehkan masjid yang boleh menampung kira-kira 1,500 jemah dapat didirikan. Justeru itu, kerjasama serta sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan pembinaan Masjid Lestari Perdana adalah amat dihargai dan semoga menjadi amal sole yang mendapat ganjaran Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Latar Belakang
Kawasan Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan merupakan kawasan penempatan yang telah didiami sekitar tahun 2003. Ia merupakan sebuah kawasan Pembangunan kediaman bercampur yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Dengan pembangunan pesat di kawasan sekitar dan kepadatan penduduk mencecah 10,000 orang, surau-surau yang sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan jemaah. Ketiadaan sebuah masjid di kawasan Lestari Perdana menyebabkan pilihan penduduk adalah masjid-masjid di luar kawasan kariah termasuk di Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Serdang dan Putrajaya.,
Sehubungan itu, pembinaan sebuah masjid di Lestari Perdana dilihat menjadi sebuah keutamaan untuk memakmurkan lagi syiar Islam di kawasan ini. Alhamdulillah, kertas cadangan untuk pembinaan Masjid Lestari Perdana ini telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi surat bertarikh 12 November 2018 di atas Lot 64968 iaitu kawasan tanah rezab Masjid Lestari Perdana.
Dianggarkan, kos sebanyak RM16 juta diperlukan untuk mendirikan sebuah masjid yang kapasitinya mampu menampung seramai 3,175 orang jemaah dengan manfaatnya mampu melahirkan masyarakat berjiwa murni dan berakhlak mulia.
Ringkasan Spesifikasi Masjid
MAKLUMAT UMUM | KELUASAN |
Keluasan Tanah Keseluruhan | 4.03 ekar |
Keluasan Lantai Bangunan Utama | 2,347.28 m2 |
Keluasan Lantai Bangunan Sokongan | 578.31 m2 |
Jumlah Keluasan Keseluruhan Lantai Bangunan | 2,925.59 m2 |
KAPASITI JEMAAH | JUMLAH |
Ruang Solat Utama | 1,700 orang |
Ruang Perempuan Tingkat Atas | 465 orang |
Ruang Solat Terbuka (Balai Lintang) | 1,010 orang |
Jumlah Keseluruhan Jemaah | 3,175 orang |
TEMPAT LETAK KERETA | JUMLAH PETAK |
Tempat letak kereta yang disediakan | 224 petak |
Tempat letak motosikal yang disediakan | 160 petak |
PEMBANGUNAN MASJID
Sumbangan Masjid
REKABENTUK MASJID
DERMA SEKARANG
Bagi merealisasikan pembinaan masjid ini, pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lestari Perdana telah mendapat kebenaran daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi menjalankan kutipan wakaf khas untuk memungut dan mengeluarkan resit rasmi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lestari Perdana telah memutuskan beberapa cara sumber pembiayaan pembinaan
Bil | Jumlah | Derma Sekarang |
1 | Derma RM200 | Klik disini untuk derma RM200 |
2 | Derma RM100 | Klik disini untuk derma RM100 |
3 | Derma RM50 | Klik disini untuk derma RM50 |
4 | Derma RM20 | Klik disini untuk derma RM20 |
5 | Derma RM10 | Klik disini untuk derma RM10 |