
Kawasan Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan merupakan kawasan penempatan yang telah didiami sekitar tahun 2003. Ia merupakan sebuah kawasan
Pembangunan kediaman bercampur yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Dengan pembangunan pesat di kawasan sekitar dan kepadatan penduduk mencecah 10,000 orang, surau-surau yang sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan jemaah. Ketiadaan sebuah masjid di kawasan Lestari Perdana menyebabkan pilihan penduduk adalah masjid-masjid di luar kawasan kariah termasuk di Bukit Jalil,
Bandar Kinrara, Serdang dan Putrajaya.
Sehubungan itu, pembinaan sebuah masjid di Lestari Perdana dilihat menjadi sebuah
keutamaan untuk memakmurkan lagi syiar Islam di kawasan ini. Alhamdulillah, kertas
cadangan untuk pembinaan Masjid Lestari Perdana ini telah diluluskan oleh Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi surat bertarikh 12 November 2018 di atas Lot
64968 iaitu kawasan tanah rezab Masjid Lestari Perdana.
Dianggarkan, kos sebanyak RM16 juta diperlukan untuk mendirikan sebuah masjid yang
kapasitinya mampu menampung seramai 3,175 orang jemaah dengan manfaatnya
mampu melahirkan masyarakat berjiwa murni dan berakhlak mulia.

