Jalan LP8/1, Taman Lestari Perdana 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Fungsi dan Peranan

Plan Depan

 

Matlamat utama rancangan pembinaan Masjid Lestari Perdana adalah bagi menjadikan ia 
sebagai institusi utama untuk tempat beribadah secara jemaah oleh para jemaah kawasan
Lestari Perdana serta kawasan sekitarnya.
Dengan kewujudan masjid ini, secara tidak langsung, pelbagai program keagamaan serta
majlis-majlis ilmu dapat dijayakan untuk para penduduk bersama mengimarahkannya dan
mengembangkan lagi syiar Islam.
Pembinaan masjid ini juga diyakini dapat memantapkan lagi pembangunan sahsiah dan
rohani masyarat disamping memupuk nilai-nilai mulia Islam terutamanya dalam
membentuk peribadi murni kalangan generasi muda.
Kepentingan masjid kepada para penduduk adalah ia tidak hanya tempat beribadah untuk
mendirikan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat tetapi juga menjadi pusat kegiatan
agama Islam yang menyeluruh dan penyebaran dakwah.